Dalam seribu satu macam jalan dalam dunia ni. Kenapa jalan ini yang aku ambil? Jalan dakwah, jalan tarbiyah, meskipon akan ada yang akan mcm alergik dengan apa itu tarbiyah, dan apa itu dakwah, aku tak peduli sebab ppl these days are very skeptical and very narrow minded. Serious.
Dalam jejak kaki bertakteh dua tahun lepas, dekat point mana pon aku taktau Allah gerakkan hati untuk jatuh cinta. Padahal tarbiyah yang aku dpt tu tak lah pekat mana. Tp sungguh lah, apa yang Allah bg pd sesuatu masa tu memang super duper terbaik utk kita. And yesss! Betul jugak, yang hidayah takkan datang kalau kita tak cari, sebab hidayah Allah tu terbentang je depan mata, tinggal kita nak hayati, amati atau tak. (Eg; Palestin, SEMUA ORANG TAHU, tapi siapa je yang masuk dalam hati kekisahannya?)
Aku takde exact point yg buat aku tergerak tetibe melalak-lalak nak pulang menjadi hamba yang taat, tp yang aku tahu, kuat perasaan aku kata yang Allah bagi perasaan tu sebab aku mencari. Walaupun langkah carian tu mcm main2 je. Sungguh! Serious! Main2. To be honest, aku mencari kerana aku terikut. Dan sebenarnya, carian tu tak berkekalan langsung. Sebab aku sempat hanyut.
Yang buat aku bertahan dan kembali pulang mencari is when i felt so weak. Heh, perihal dunia buat aku sesat dalam kesibukan orang bersuka duka heyhey! Terimakasih kepada seseorang kerana telah memainkan hati dan perasaan. Haha. Kalau dia tak robekkan hati ni, mungkin dah hanyut kot dalam.. hadoihhhh.
Lebih setahun langkah bergerak kosong tanpa tarbiyah, tanpa mujahadah. Allah. Lemahnya neny ya Allah. Pergelangan yang dulu terjaga, tudung yang dulu melabuhi, boleh dibiar je mcmtu. Tp Alhamdulillah, Allah bg gerak hati untuk membenci lelaki. Ha ha. Untuk tidak berkawan dengan lelaki. Alhamdulillah Allah bagi kesombongan yang KLCC tahapnya utk berhadapan dengan lelaki. Walaupun sekali dua tergelincir.
Alhamdulillah ya Allah utk gegels kat sana. They are all supporting. BAIK! Tak tinggal solat dan selalu ingatkan. Jadi alarm clock utk subuh, sahur, pergi kelas. Jadi mak waktu taknak pergi kelas, jadi nurse waktu sakit, jadi delivery waktu malas pergi beli makan. Jadi 'usrahmate' waktu bincang pasal hukum-hakam. Jadi semuanya utk setiap masa.
Dan gerak langkah yang kian lemah ni buat aku dahaga mcm kucing seminggu takdapat air. Buat aku dahaga dengan the warmness berada dalam liqa'. Buat aku dahaga dengan reminder yang tak putus2, walaupun dulu rasa mcm reminder tu leceh. Buat aku dahaga serba serbi. Dan disitu, baru terasa perit untuk bergerak, melangkah seorang-seorang. Perit, sakit, robek, luka, semuaaaa!
Maka dari itu aku pilih untuk mengambil jalan ini. Tak sanggup dah! Cukup lah merasa kedahagaan yang sebegitu rupa. Cukuplah dengan semuaaaaaaaaaa, dengan semuaaaaaaaaaaaa!
Jalan ni, jalan yang payah yang susah, yang perit yang pahit ni, jalan ni lah yang sebenarnya penuh dengan kemanisan, ketenangan. Jalan yang boleh menjadi roda untuk aku terus bergerak mencari cintaNya. Kenapa jalan ini? Sebab aku takyakin aku layak menjejakkan kaki ke syurga kalau aku hanya solat, puasa, tutup aurat dan itu sahaja. Kenapa jalan ini? Sebab aku nak sayangkan Rasulullah, nak Rasulullah bangga dengan aku. Kenapa jalan ini? Kerana sebahagian RedhaNya, ada di jalan ini. Kenapa jalan ini? Sebab aku takut terasa kosong macam dulu. Kenapa jalan ini? Sebab aku taknak berselimutkan dosa dan ber-aircond-kan dosa. Sungguh, orang boleh cakap "Alahh, dosa apa je kau buat dulu?", tapi aku lebih takut dengan "SERIOUS KAU PERNAH BUAT SEMUA TU?", sebab aku malu dengan Tuhanku, malu dengan Rasulku. Aku tahu aku taklayak untuk jadi hambaNya, dan taklayak jadi umat Baginda jika terus terbang dengan dosa yang 'takseberapa'.
Dan, kenapa jalan ini?
.....Sebab aku jatuh cinta.
Aku mahu dicinta Allah, aku mahu menyinta Allah. Aku mahu Rasulullah bangga kerana aku menyinta Allah, dan bangga kerana Allah menyinta aku.
Nikmat mana yang lebih indah wahai hamba?.....
.........
Assalamualaikum.
3 aksara:
Assalamualaikum neny,
Um, 'mata masuk habuk' bila baca post nih. Ehe, can't help it, sorry. Moga Allah kuatkan dan mudahkan, I love you!
Ira.
Waalaikumussalam dearest.
Eh, kenapa nak sorry yangg? Ameen ameen, masyaAllah much love, thankyou, loveyoutoo :')
salam.
i feel the same way.
Post a Comment