I just miss Ramadhan.
****
Dalam sedang imam membacakan doa, matanya berair dengan tiba-tiba, sambil hati tersenyum tenang.
"Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan. Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan ya Allah. Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan..."
Hanya dengan doa itu mampu menggugah hati Imani. "Ya Allah, sampaikanlah, sampaikanlah.". Dalam, hatinya meminta. Ntah apa harapan ramadhan kali ini hinggakan mampu matanya terembun dek sepotong doa itu.
****
Aku rindu dulu-dulu. Saat tarbiyah terasa basah. Bukan nak kata sekarang tak basah, cuma mungkin tarbiyah sudah menjadi ruji sampai tak appriciate apa depan mata. Heh. Manusia. We always take things for granted kan?
Aku rindu dulu-dulu. Saat noob noob ubi mujahadah tanpa lelah dan Allah sebagai ghayah. Kerna dulu, faham dijadikan bekal, bukan ilmu shj, tapi amal.
Jalan ini masih panjang. Jalan ini masih panjang.
To whom it may concern. Mohon luruskan niat mencari Allah. Awak mencari Allah bukan kerana manusia. tetapi hanya kerana Dia.
****
I miss her. Kepala didongak terus menghadap langit. Umpama menyerahkan segala kepada bulan dan bintang, kerna mungkin mereka lebih faham. And i know, kalau waktu2 mcmni, mesti dia akan tanya "Awak okay?"
Tsabat kan dia ya Allah. Sungguh aku mencintainya kerana Mu.
0 aksara:
Post a Comment