Luahan seorang ukht (updated).

/ /
DISKLEIMER: Jangan baca sekiranya anda belum membawa bulatan.


Di dunia ini kita sesak dengan tanggapan diri kita pada diri kita, tanggapan rakan seperjuangan terhadap kita,tanggapan 'orang luar' kepada kita dan tanggapan kita terhadap pandangan orang terhadap kita.


Sesak.


Aku membesar dengan penuh kasih sayang tanpa kayu ukur. Di jaga dengan aku kira sudah cukup rapi. Tapi setelah membesar, aku didoktrinkan dengan lagi besar amal lagi tinggilah iman mu, lagi kelihatan iman seseorang itu, lagi dipandanglah dia. Sedang yang menilai cuman Allah. Masing-masing punya ujian, masing-masing punya nafsu untuk dilawankan. Iman itu tidak diukur melalui kuantiti amal aku kira, tetapi sejauh mana keikhlasan kita dalam berbuat semata kerana Dia.



Hadis : " Iman itu bukan tamanni (banyak berangan) dan bukan pula dengan tahalli (banyak berbuat), iman adalah apa yang menetap dalam hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan." [hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu An Najjar & Ad Dailami]



Setelah aku besar, aku di ajar utk meluahkan cinta dan rasa. Tapi yang ku dapat bukan cinta dan rasa tapi cuman kata-kata. 



Aku benci bila kita ini di ukur-ukur. Sejak memang dari dahulu aku bukan yang sebegitu. Kerna itu semua neraca manusia. Neraca dunia. Tapi mengapa setelah aku dihadirkan perasaan untuk membenci segala kayu ukur yang tidak adil di atur dunia, aku pula rasa yang diukur-ukur. Seolah, kita membawa sistem dunia ke dalam sistem kita? Bukankah seharusnya ia vice versa?




Aku kini berasa berada dalam mata-mata setiap manusia. Dibelenggu. Untuk mungkin berbuat tidak lagi kerana Dia (moga Allah jauhkan), tapi cuman untuk tatapan redup si pemandang.




Ketahuilah dunia dakwah dan tarbiyah ini suci, maka kembalilah menyucikan dia. Di mana hati suci kita? Aku tahu kita ini manusia -- dan dari kerana itu kita tak selayaknya menilai diri sesiapa pun. Kerna pada akhirnya, tahajjud kita juga yang tertinggalkan, seerah pula terlupakan.



Untuk sesiapa sahaja yang membaca, juga untuk aku di kemudian hari. Jangan menurut apa defaultnya sesuatu sistem. Tetapi fahamilah. Halaqah tidak semestinya dalam bulatan. Permulaan tak semestinya dengan taaruf. Murabbi tak semestinya lebih mulia dari mutarabbi. Dan mutarabbi tak semestinya harus menurut tanpa kefahaman. Berbuatlah menurut kefahaman, kerana himmah mu, bukan semata hamasah.



Kerana dengan kefahaman, mampu mengelakkan kita dari berbuat untuk dipandang atau dirai manusia, seterus mampu menghalakan kita untuk berbuat kepada Dia.




Jalan ini suci, seharusnya begitu juga hati kita, hati aku terutamanya.




Ikhlas, dari aku untuk aku, 
yang berdosa.

0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.