Location not found.

/ /
Jangan takut-takutkan aku dengan azab Allah,
kerna aku sudah maklum, akan besarnya azab-azab itu,
Jangan geruni aku dengan neraka Allah,
kerna aku sedia tahu, bakal sakit disambar api merah-biru



Lihat itu si penakut
baru disergah sikit dahi kerut
baru takutkan sikit kecut perut
Tapi aku mengaku,
aku bukan si pemberani,
tak sanggup tuk digeruni
dengan azab-bala dari Ilahi.



Maka aku akan lari dari ketakutan bila aku diingatkan
Lari mencari ruang kosong
ruang yang boleh buat aku lupa akan resah itu
dan Dia.




Maafkan aku daie-daie Allah,
tetapi aku lebih mesra diayat lembut,
dengan rahmat, kasih sayang Dia,
terasa dibelai dan dijaga,
di sedar juga tika terleka,
di bahang siang juga tika diempuk lena




Aku tidak sepertimu,
Belum mampu di gelar ahli syurga
Aku tidak sepertimu,
Belum kuat mejauhkan diri dari neraka.
Tapi aku cuba!




Aku juga mahu dekat dengan Dia :)
--Jangan biar aku jauh berlari,
tapi tariklah aku dekat lagi,
sebab aku tahu Dia mengasihi,
bukan sekadar mahu menghukumi.




----




Ini bukan tulisan tentang diri sendiri. Ngeh ayat habis dramatis dah tu ngehewww. Tp ini tulisan utk diri sendiri. Semua orang dah sedia maklum dengan azab Allah, buat apa takut2kan lagi? Jangan biar sesiapa rasa kerja Allah hanya menghukum, sedangkan Allah hari-hari sayang kat kita -- SEMUA.




Update : THIS!

0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.