Harapan. Itu selalu ada. Satu perkataan -- macam-macam maksud.
 Dan terkadang aku berharap, sekelumit cuma, untuk manusia memandang ke arah ku, dengan pandangan yang berbeza. Kerna mungkin aku tampaknya kasar, tapi dalam beribu saat di hari hariku, takkan  tidak mungkin ada kelembutan sesaat pon hadir menyapa hati ini?
After all the tests Allah put me thru, still, i learned nothing. Cos i still am holding few hopes on people, but not Him.
Ini, bukan tempat kita. Dunia, belum cukup adil untuk kita. Apakah harapmu itu hanya pada ciptaan Dia dan bukan Si Pencipta? Mana letak tali harapmu, mana pergi pautan agungmu? Dunia belum cukup adil untuk kita. Kerana tak semua punya fahaman yang sama, bahasa yang sama, apa lagi hati yang sama.

Dunia, belum cukup adil untuk kita. Kerna ia tidak pernah berjanji untuk berlaku adil, tp bisa saja mengadili.
Jangan lemas dalam tangismu, jangan terselimut dalam gundahmu, jangan sesak kerana asamu, jangan semput kerana penatmu, jangan tenggelam dalam takutmu. Tetapi bangkitlah berjuang, dengan harapmu. Bukan untuk aku, untuk dia atau untuk mereka. Tp bangkitlah untuk Dia -- Cinta dan Jiwa, wahai perindu syurga.
Syurga itu pasti. Dan disana tempatmu, disisi Dia, tempat kau bergantung harap.
 
0 aksara:
Post a Comment