Impian? Lambungkan!

/ /
Ini bukan sketsa Mail Lambung, bukan jugak revision filem Puteri Impian, tp ini bicara Impian untuk dilambung tinggi! Aiwah! Atau bahasa lainnya, aiceywahhhhh :P




"Berangan mmg syok" - Hlovate. Tapi tak salah untuk berangan, Tak salah nak ber-angankan impian di awan-awanan. dan tak salah jugak nak ber-impikan awan di angan anganan. Eh?



Heres the thing. Menjadi seorang muslim, patutnya tak melimitkan mindset kita, nor mengecilkan hati kita dr mengimpikan apa2 yang besar. Sebab kita muslim dan kita terhebat!



Mengimpikan kehidupan 'lepas study kerja kahwin dpt anak and im happy' should never be our aim! Sebab kita terhebat. Jadi lah apa pon! Kena terhebat. Jangan biarkan minda dan hati kita yang telah terghazwul fikr, didefault-settingkan dengan what the West wants us to be. They dont want us to grow! They want us to remain static. They want us to shrink and sunk!



Be it wtv you are, what course you are in, what field youre good in, what skills you can handle with, be AN EXPERT. If you are studying arts, be ON TOP. Be the one who conquers the field. If you are doing medic, be the one who WILL make the changes to the seems-isnt-right system. Be the ONE ON TOP. Be the ONE WHO MAKE THE CHANGE.










Mungkin itu cuma anganan. Dan mungkin hanya boleh dibuahkan oleh mulut sahaja (buah mulut). Tp bukankah sasaran tertinggit, target tepat dan bull eye kita itu Ustaziyatul Alam? Siapa nak jadi Pengarah Hospital Jannati bila UA nnt kalau bukan org Islam? Siapa nak jadi Broker tanah terbesar syarikat Nuur Hidayah kalau bukan Muslim? Siapa nak bukak Library Ibnu Sina terbesar kat Malaysia kalau bukan KITA?




Siapa nak bukak LightStudiHouse kalau bukan aku?! Eh, terkeluar pulak monolog dalaman. Hemoih hemoih.












Kam on nau muslims! Lets get out of our comfort zone.





"Hellehhhhh, berangan boleh aaa." - Man bin Tin.
"Bukan tak mau, tapi takut tak mampu." - Che Ta binti Mirdad




Berhenti lah bersangka-sangka. Buang lah zhon-zhon kita dari zone zone minda kita. Siapa kita nak menentukan qudrat kita? Siapa kita nak meletakkan kata mati pada anganan kita. Takde anganan, takde lah zaman Abasiyah dahulu. Takde impian Rasulullah untuk UA, takde lah Islam di 2/3 dunia. Nampak tak?




"Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat) dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. " [Al-Hasyr:2]




"Kita rasa kita takmampu bila kita hanya percaya pd qudrat kita. Bukan qudrat Allah."




Oh terkena setepek di dahi jendul itu... Berimpian lah wahai Muslims. Cos everything begins with the end of mind. Bila kita ada mindset, kita ada target dan akan ada usaha ke arah itu.











"Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok." - Imam Syahid Hassan Al-Banna :)





P/S: Jangan aaa pulak ada target tapi bermalas-malasan ibarat gajah bermain ekor sendiri (peribahasa urban).

0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.