Tika mana yang kita ucapkan itu jihad dan kita impikan itu syahid, sangat sedikit sebenarnya yang kita amalkan itu amalan para mujahid dan syuhada.
Tika bila impian itu tinggi, tummuhat itu paksi, sangat kurang sebenarnya niat di tajdid di hari hari.
Tika mana kita sedar sibghah itu dimulut, syumul, kamil dan mutakamil hanya di kertas sahaja, baru itu kita tahu Allah memilih mujahid agamaNya, dan syuhada' di sampingNya.
Allah itu memilih, hati-hati. Menyucikan juga hati-hai yang mahu dijemput menjadi penghuni tempat nnt untuk bersua. Tetapi kita, apalah saja. Mungkin sekadar melafazkan dan mengobsesikan sahaja syurga itu tanpa menghayati syurga itu perlu ketulusan, perlu redha dr Dia, perlu keikhlasan juga hanay kerna Dia.
Ironi, bila di pagi dan petang mu mengkumat-kamitkan
"Jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.",
tetapi pada di antara dua waktu itu, kita tercela dengan dosa dan noda. Mengharap mati tika berjuang, tapi tidak 'berjuang untuk mati'. Ironi. Yes?
Aaaaahhh!
"Tsabbit Qulubana 'Ala deenik."
0 aksara:
Post a Comment