"Uhibbuki fillah".

/ /
*Scrolling down instagram, that one person's insta.*

"Weh, tengok ni."

"Lagi? Lain do dia sekarang." Ha ha terbunyi nada kachiwa disitu. Sabarlah ukhti (boleh pengsan cepat!), Allah yang pegang hati dia, hati kita.



//



Tidak ada yang lebih kaget selain mendapat berita seorang al akh yang benar amal shalihnya, yang dahulu aku makan berdulangan dengannya, yang dahulu memimpin solat kami di medan ini, yang dahulu kami sama-sama tangisi sakitnya bila ukhuwah dihinggapi penyakit, memilih untuk meninggalkan gerabak ini, tidak ada yang lebih kaget dari itu.

Lagi lagi dari seorang akh yang dahulu pernah menjadi tempat rujuk, yang menjadi tempat aku mendapatkan sedikit kekuatan, sumber motivasi walau aku justeru faham bahawa tiada hamba yang dapat memberi manfaat mahupun mudharat kepada hamba yang lain melainkan dengan izin Allah..


Petikan dari buku Sentuhan Al-Akh. (Yknow, we, here, have problems on pronouncing this.)



//


"Kau tahu aku mimpi dia? Dia, dalam mimpi tu, lainnnn gila! Lain gila!" Heh, begitu lah seorang al- ukht, tak lah lemah lembut ayu seperti digambarkan cerita-cerita lagenda. We are tough, thats how we survive inshaAllah. (Like Zainab Al-Ghazali)


"Aku tak habis pk pasal dia. Bangun td pon aku pk lagi."


Mana tidak, antara asbab kepada tumbesaran kini itu dia. Hanya asbab, natijahnya tetap pada Allah. Allah jualah yang memperteguhkan hati kami tika saat ini. Yang membelai kasih dan sentiasa ada utk mengadu sedih.


//



"Kau tahu? Aku rasa mcm nk sound je. Fikir balik semua benda bla bla. Ada lah at times aku rasa nak je give up. Stop msg dia. Aku mmg dh give up pon. Nak biar je..." Sebab tak bersambut jua... "... tapi tak boleh. Sebab kita nampak, kau tahu."


Sungguh, pada mulut, memang sungguh kerana aku ini saksi. Pada hakikatnya juga begitu. Tapi disebalik kata-kata, hanya hati je tahu, bahawa sang hati sebenarnya kepingin benar menyelamatkan al-ukht nya. Kerna cinta itu telah pon berpaksikan Allah. Dan untuk si ukht yang ini merasa begitu - susah sebenarnya.


Dan kerna cinta itu, sudah pon melebihi rasa give up dalam jiwa. Ahhhhhh, Ive lost one, i couldnt afford to lose another one.


//


"Korang tak pernah program campur kan. Kitorang kalau ada program campur. Akhawat ramai. Ikhwah seciput je. Tapi ikhwah tu yang sikit tu lah quality, akhawat pulak senang sangat hilang. Kerja hilang, kahwin hilang, ada anak hilang."


Hilang dari radar. Moga Allah jauhkan.


Tidak lain tulisan ini bukanlah untuk memburukkan, tapi hanyalah semata, untuk peringatan diri ini, hari ini dan kemudian hari.


Moga Allah tsabatkan, dengan sebenar-benar tsabat.


Mohon doanya.


p/s : Asalnya nak namakan post ni 'Hilang dr radar.', but it sounds so harsh. Love conquers all they say, so i state love instead.


0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.