Menggugah jiwa selesa.

/ /
"Mungkin selama ni korang pergi usrah, mcm biasa je pergi usrah. Buat task mcm biasa. Tp lepas ni, cuba datang dengan iman, kita prepare diri sebelum dtg usrah. Datang dengan preparation."


Datang dengan iman.



Kalah, aku. Bila baru tersentak, sebenarnya sendiri merasa usrah kini tak seperti dulu. Tak. Bukan usrah yang dihadiri, tapi diri sendiri.



Mengimbau himmah, iman, jiwa tika dolu-dolu,, lagi menambah rasa kekalahan dalam diri. Bagaimana dulu, dalam keadaan kurus tanpa tarbiyah, masih lagi gagah mencarinya sebaik-baiknya. Sedang kini, tika sudah gemuk berisi segala bahan, ibarat tiada apa lagi nak dihiraukan.



Dan Allah menguji, dan kan terus menguji.



"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami uji perihal kamu." [Muhammad : 31]



"
Aseef jiddan sebab banyak sangat cabaran korang nk datang usrah minggu ni. Mungkin semua jadi atas khilaf atau dosa kN sendiri... "



Ulang-alik antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku.



"... Tapi somehow semua tu ujian Allah kan, nak tengok sejauh mana kita nak kan usrah ni, nak kan tarbiyah ni. Tengok, kita sabar ke tak. Hidup kita ni ada phase by phase tau. Dan Allah akan menguji kita dengan sesuatu ujian, sampai kita lepas ujian tu. Selagi kita tak lepas, selagi tu kita akan diuji."



*Kemain ayat, kN -.-. Tapi tidaklah ucapan itu dituju kpd diri sendiri pertama-tamanya.*



--



Dan untuk aku dan kalian - daie, murabbi, rijal, kader dakwah juga jundullah --



"...agar Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad..."



Orang, Yang. Benar-benar. Berjihad.



Sebenar apa jihad kita selama ini? Sejauh mana persiapan iman kita selama ini - baik ketika mahu mengisi, atau ketika mahu diisi? Dan sedalam mana cinta kita pada tarbiyah diri dalam mendakwah ummah?



Rabak.



Kan?






Bangunlah wahai daie. Biar ia mengguris luka beribu di badan juga jiwamu. Bangkitlah wahai daie. Seperti matahari yang menyinar tiada jemu. Ayuh, kita terus membina langkah, membatas segala duri dihadapan - biar calar, biar lah balar.Ayuh , kita telusuri jalan ini, jalan yang sudah lama dibiar terbiar. Ayuh, terus lah membina langkah, agar ada turut melangkah bersama -- menuju kebangkitan kita yang kedua.




Ayuh! Kamu ada aku. Kamu ada Allah.



//



Its december and i feel like crying.



I'd go back to December, turn around and change my own mind 
I go back to December all the time.



Bulan ulang tahun. InshaAllah official 2 tahun, bulan ini.



//



Mohon doa. I wanna get serious to this business.



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 

 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.

 Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.  

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang." [As-Saff: 10-14]

0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.