Sentuhan.

/ /
"Habiskan mutabaah sebelum ***mo, kalau tak, tak boleh start." - FH (Bukan Murabbi)


Terkedu. Aku ibarat di apit dua pintu. Beramal kerana arahan atau Dia. Tapi cukup, ia memberi ketukan, walau cuman sedikit.


"InshaAllah kita buka majlis kita dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. . . . Nak share ayat, Luqman, 32."


Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, hanya sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar. (32)


".. Manusia ni kan seifatnya pelupa, nak ingatkan lah, mcm perasan, kita selalu sebelum program kita jaga mutabaah, tapi lepas program selalu mutabaah dah tak jaga dah."



Waduh. Panah nya tuh di sini --> ❤


Tak perlu ulas panjang pon sebenarnya. Ayat tu dah cukup mensum-up ke'hipokrit'an daie. Daie yang bersungguh tinggalkan jahiliyah bila mahu adik tinggal jahiliyah, kemudian kembali berjahiiyah lain kerana tak rasa jahiliyah sendiri melambatkan gerabak.


Pedih rasanya sendiri mengungkap betapa hipokrit nya seorang daie itu pabila dia tak beramal. Tapi tu hakikat.


Di pengisian yang lainnya,


"Ibrah dari kisah Musa ni kita nampak lah yang, kita kena bersihkan diri kita dulu sebelum kita memberi."


"Mandi ke maksudnya? Eh ke hati"


"Hahaha. Hati lah."


"Haha sebab teringat cerita Umar."


"Macam mana kalau hati kita tak bersih, lepastu kita nak sampaikan kat orang pasal Allah. Dalam hati kita tu pon takde Allah, tapi kita nak sampaikan pasal Allah."


Padu. Cukup padu buat kau rasa tertampar yang jadi murabbi tu perlu hati yang bersih. Tulus kepada Allah. Belum bisa pass lagi kah ujian hadith 1 mu?


Meh. Jazakunallahu khairan buat yang menyentuh. Tak terkeluar dek mulut ini.


Sudah ku ketahui, hanya iman yang berbicara bakal menyentuh iman yang lainnya. Dan sangat aku yakini sungguh, imanmu yang sedang berbicara dengan imanku yang tipis ini.


Bukankah dakwah itu ilallah, ma Allah, min Allah. Mungkin sudah kita terlupa - kemana kita menyeru dakwah ini. Terima kasih kerana mengembalikan kefahaman ini.



0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.