Mutarabbi.

/ /
Saat murabbi ku berkata, diriku lah murabbi nya, sedikit tidak aku sedari bahawa dia telah tertarbiyah kerana aku.


Dan tika saat ini, kau masih di genggamku, aku singkap semua kisah lama,  membanding cerita kita. Sama, tapi tak serupa.


Saat murabbi ku berkata, "Jadi murabbi, hati kena besar.", sedikit tidak aku sedari, bahkan akulah yang harus memiliki hati yang besar itu.


Dan tika saat ini, kau masih di genggamku, ketahuilah adikku, seorang murabbi memerlukan hati sebesar-besarnya, untuk kau sentiasa berbaik sangka dengan TuhanMu, dan tuk kau kaut segala tarbiyah teruntukmu.


Saat aku melafaz kata-kata penguat untuk dia murabbi ku, tidak pernah terlintas di fikiran bahawa kan ku terima kata yang sama. Kata manis penuh cinta. Penuh sirat penuh makna.


Moga kau membesar terlebih hebatnya dari sang murabbi mu ini. Yang ternyata - hanyalah seorang manusia yang marhaen, yang mahu memimpinmu mengecap mimpi. Mimpi yang nyata mimpi yang pasti.



"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berombongan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)". (Al-Zumar:73)



Membesarlah. Moga hidupmu megah menyebar risalah, atau matimu harum menjadi syahidah.



0 aksara:

Bubbles

remind-er

"Every soul shall have taste of death; In the end to us shall ye be brought back"

(Surah Al-'Ankabut : 57)

 
Design by DZignine.